Saturday, December 25, 2010

See Both of You There...


"Bawa la faateh balik kl", minta abah dan mama di kl bila mengetahui anaknya akan ke KL petang tu atas urusan kerja beberapa hari. Saya yang mendengar permintaan tu terrelakan sahaja....membenarkan faateh ikut abinya ke KL walaupun berat rasa hati sebab dlm hati ummi pun nak ikut sama,hehe..

Jam 4ptg dua beranak ini bertolak ke airport dengan kereta jabatan, saya tidak ikut menghantar mereka, takut mengalir pulak,hehee...

Selama 4 hari mereka di KL, terasa rindu jika ditinggalkan begini. Setiap hari saya keseorangan, hanya perlu kemaskan rumah dan menguruskan diri. Tidak lebih dari itu, sungguh kekosongan. Tetapi saya cuba memanfaatkan masa yang ada dengan aktivi yang jarang dapat dilakukan jika faateh bersama.

Saya mengunjungi masjid negeri Sabah untuk menunaikan solat maghrib. Nampak ramai pula jemaah muslimat pd malam ini ditambah pula dengan kanak2 berlari yang sebaya seperti Faateh....sungguh saya rindukan faateh hingga mengalir air mata rindu saya. Terasa seperti lama sudah saya tidak melihat Faateh berlari2 di Masjid.

Kemudian saya mengunjungi medan selera di tanjung aru untuk makan Char Keow Teow, makanan kegemaran saya. Di sinilah tempat kami sekeluarga selalu menjamu selera sekaligus membolehkan Faateh melihat kapal terbang baru berlepas di awan. Faateh akan teruja apabila mendengar bunyi enjin kapal terbang dan akan mencari kelibat kapal terbang. Namun pada malam itu kapal terbang yang lalu tidak mendapat publisiti kerana Faateh tiada disana....tapi faateh akan naik kapal terbang, tidak perlu melambai dari bawah..

Pada hari ini faateh akan pulang dgn abinya. Lebih kurang jam 7.45ptg nanti saya akan menjemput mereka di lapangan terbang terminal 2.Diharapkan mereka selamat sampai pada malam ini...amin

SEE BOTH OF YOU THERE........

1 comment:

  1. begitulah asam garam kehidupan...bagi mereka yang bertahun-tahun berjauhan dgn anak yang masih kecil...huhuhuhhuh sayu dan sepi sahaja

    ReplyDelete