Friday, December 24, 2010

Bertarung Nyawa


Saat ini saya sedang oncall dan berada di dlm bilik, yang terletak di bahagian wad bersalin. Tetiba saya teringatkan pesakit2 yang pernah saya jumpa ketika bekerja di bahagian wad bersalin ini.

Syurga di telapak kaki ibu

Mengenang kembali kelahiran anak pertama saya sungguh menyakitkan tetapi amat mudah, Alhamdulillah. Dengan pengalaman itu saya sering memberi semangat kepada pesakit untuk bersabar dan berusaha, jangan berputus asa. Pelbagai aksi,kerenah dan perangai pesakit2 yang hendak melahirkan bayi mereka. Ada yang lucu, tragis, memalukan, memilukan, dan pelbagai lagi perasaan yang hinggap ketika mengendalikan kelahiran.Kerana terlampau sakit, hilang semua perasaan malu dan waras pesakit ketika bertarung nyawa melahirkan sang bayi.

Ada yang terlalu mudah melahirkan anak mereka, ada pula terlalu payah hingga berputus asa dan minta dibedah atau vacuum. Ada juga yang sambil bediri,berlari dan bertinggung untuk melahirkan anak mereka, sungguh pelik dan lucu.

Tambahan lagi sampai ada pesakit yang mengugut kakitangan untuk melarikan diri jika tidak mengikut kemahuanya, sungguh 'demanding'. Ada yang terjerit2 sambil meneran anaknya keluar, ada yang menanagis kerana tidak tahankan sakitnya, ada yang menangis sampai hampir hilang ingatan apabila anaknya selamat dilahirkan dan pelbagai lg yang pelik2, menakutkan dan menginsafkan.

Sungguh sakit hingga tidak dapat digambarkan kepada sesiapa yang melihat dan mendengar cerita sakitnya bersalin, hanya Allah sahaja yang tahu kerana Allah yang memberi kesakitan itu dan mengawal keadaan mereka.Ini baru cerita tentang sakit (deria rasa) tetapi ada yang bertarung nyawa disebabkan komplikasi melahirkan anak seperti tiba2 jantung bayi tidak aktif disebabkan beberapa masalah bayi yang stress ketika proses melahirkan atau ibu mengalami pendarahan teruk selepas melahirkan anak mereka.

Atas dasar begitulah martabat ibu diangkat sehingga dikatakan syurga ditelapak kaki ibu. Hanya keperitan ketika melahirkan anak, belum lagi diambil kira kesusahan mengandung yang penuh dengan dugaan, kesukaran membesarkan anak dan kepayahan memastikan pendidikan anak yang lengkap agar menjadi insan bijaksana.

Tidak Terbalas

Sungguh jasa ibu tidak boleh dilupakan biarpun anak itu sudah bergelar YB(yang berjaya). Jasa ibu sungguh besar dan tidak terbalas. Ini tidak bermakna saya melupakan si ayah yang turut sama menggalas kesusahan dan keperitan ini. Kedua-duanya perlu diberi penghormatan dan kemuliaan.

Maafkan anakmu ini

Terasa pilu ketika melangkahkan kaki keluar dari rumah setelah bergelar isteri kepada seorang suami. Diri telah dibawa jauh dari pandangan ibu dan ayah. Namun tetapku titipkan doa dari kejauhan untuk si ibu dan ayah, maafkan anakmu kerana tidak dapt bersama dan berbakti seperti sepatutnya. Cuma dari kejauhan ini kuharapkan yang terbaik dalam hidup ibu dan ayah.

Ya Allah, ampunkanlah dosa mereka, sejahterakanlah mereka, berilah yang terbaik buat mereka dan masukkanlah mereka ke syurga-Mu ya Allah.

Buat saya yang kini juga seorang ibu, diharapkan sentiasa berada di landasan mustaqimmah, mendidik dengan penuh mawaddah, membelai dengan penuh rahmah, mengajar dengan penuh hikmah agar anak2 yang membesar mengenali Pencipta dan patuh pada perintah yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment