Monday, November 8, 2010

Dunia Baru

Marine aquarium
"Nanti la kita beli ikan Nemo ni, bila dah pindah rumah baru," kata habibi ketika kami meninjau ikan2 laut di kedai jln lintas kira2 4 bulan lalu.

Kini 2pasang Nemo, 1pasang Blue Tang dan 1pasang ikan putih memulakan kehidupan 'dunia baru' mereka di rumah baru kami. Kehidupan mereka 'meriah' di dalam aquarium sebesar 1kaki persegi..sesuai la dgn rumah kami yang juga bersaiz kecil.

Bila melihat ikan2 itu bebas berenang kesana kemari, terfikir saya seronoknya hidup mereka hanya berenang2 tanpa perlu melakukan kerja2 lain, makan diberi tempat tgl disediakan, namun begitu mereka tidak boleh melepasi sempadan aquarium itu, jika tidak nahas...begitulah manusia, makhluk yang dijadikan Allah punya akal dan perlu melakukan kerja2 seharian bagi meneruskan hidup tidak boleh melepasi dari had2 yang telah ditentukan,jika tidak nahas....

Kehadiran ikan2 ini boleh dijadikan peringatan buat saya sekeluarga kerana ikan2 ini perlu dijaga rapi dari segi air masinnya,tahap asidnya,pencahayaan, hidupan disekitarnya, pemakanannya yang perlu di teliti....jika tidak seimbang akan berlaku masalah. Maka ketelitian itu perlu di koreksi juga dlm diri supaya hidup sentiasa dlm keseimbangan dan kesederhanaan..

Diharap pada bulan2 yang akan datang kami dapat menmbah lagi populasi aquarium kami...mudah-mudahan.

------------------------------------ummufaateh------------------------------------