Wednesday, September 29, 2010

EOD call

Allahu Akbar....

Oncall, pm off,oncall,pm off....herm,beginilah hidupku setelah bercuti panjang.. Skrg ni pun tgh oncall,tp brd dlm bilik oncall la...sambil layan fb,membaca, n terus menulis blog...

Subhanallah....

Saya di temani dgn alunan zikir ya lathif....terasa aman damai dan lebih tenteram dgn alunan zikir ini. Stiap kali sy oncall pasti akn saya pasang alunan zikir ini..zikir ini jugak la yang menenangkn sy ketika bertarung nyawa menahan sakit ketika hendak melahirkan muhd al-faateh.sangat menenangkan...

Alhamdulillah...

Diimbas kembali ketika bertarung perasaan, minda dan fizikal untuk memastikan lulus dlm program ijazah perubatan pada 2007 dulu( setelah 5 thn menjalani kursus jabatan perubatan) pelbagai ikhtiar dilakukan demi mencapai impian dan hajat yg kini telah pun dikecapi..syukur padaMu ya Allah....

Lailahaillallah...

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah...pada-Mu ya Allah aku berserah dan bertawakkal...segala yg aku lakukan adalah kerana-Mu...ampunilah aku dalam kepincanganku menguruskan pesakit..itu semua adalah kejahilanku...Moga kepada y kembali ke rahmatullah itu berada dlm payungan rahmat-Mu.... dan ku pohon pada-Mu sisa pesakit yg masih ku rawat itu mendapt petunjuk dari-Mu ya Allah.....

Dengan kalimah subhanallah,walhamdulillah,walaailahaillallahu wallahuakbar...y sentiasa meniti di bibir memberi kemudahan,ketenangan dan keyakinan dalam meneruskan perjuangan...

ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAMD................

Cuti Raya 2010 Yang Panjang

Masih tertinggal baki syawal yg beberapa hari sahaja lg, masing2 department sibuk mengadakan sambutan hari ry 'open house'.

Saya baru sahaja memulakan sesi pekerjaan setelah bcuti raya selama 15hari dr 8-22sept lalu..
Saya berada di 2 negeri y berbeza ketika cuti yang panjang ini. Raya pertama hingga keempat beraya di Miri dan Brunei seterusnya ke Kota Kinabalu,Sabah bersama keluarga suami di tempat tinggal kami..

Ketika beraya di Miri kami mengambil kesempatan bukan sahaja menziarahi saudara malah pergi ke Gua Niah dan Tmn Negara Lambir. Kemudian di Sabah pula kami menjejakkan kaki ke kaki gunung kinabalu(tiada peluang untuk mendaki) sekitar kundasang, menikmati kucupan ikan kelah di Ranau, mengunjungi ladang Teh Sabah, berpeluang ke 'DesaFarm' menonton susu lembu diperah dan menginap di Perkampungan Homestay. Kemudiannya kami ke Pulau Manukan..

Semua ini kami lakukan dalam masa cuti hari raya...bersama keluarga. Namun apa yg saya harapkan agar masa yg saya luangkan ini amat bermakna buat keluarga suami sy dan juga kami sekeluarga. Janganlah ia hanyalah cuma sekadar mengisi masa kosong y ada...
Bersama-samalah mengambil iktibar diatas segala perkara yg kita lakukan dan segala yg berlaku. Mudaha-mudahan kelalaian yg tak kita sedari diampunkan, keindahan yg kita kagumi atas ciptaan-Nya mendapat pahala, kehebatan yang kita perolehi berada dalam rahmat-Nya, kesakitan dan kesusahan yang dialami berada dlm perhatian-Nya.

Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu ini jika dalam kegagalan membawa kebaikan, Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu ini jika masih tiada qudwah hasanah, Ya Allah permudahkanlah jalan yg telah aku pilih ini, dan juga yang telah engkau tetap dan hamparkan untukku ini...Amiin ya Robbi..


Sunday, September 12, 2010

Berlalunya Ramadhan 2010

Cuti kedua yang sangat panjang (2minggu lbh) setelah bergelar MO.

Dah 2 thn xberaya bersama keluarga...............sewaktu HO hanya cuti di pg raya jer pastu mesti mula kerja balik...maklum la cuti xbyk... Tp kali ini sy dpt cuti dari 8hb hingga 22sept...15hari tue, alhamdulillah..

Cuti kali ini kami beraya di Miri,Sarawak(rumah nenek suami)..kami ke sana melalui perjalanan darat, pemanduan yg memakan masa hampir 9jam dan melalui 10 kawalan imegresen (Malaysia & Brunei). Satu pengalaman baru bg kami...mana taknya,masuk malaysia,kluar malaysia,masuk brunei kluar brunei,masuk malaysia balik..hehe,mcm main2 plak

Setibanya kami di Miri, malam 30 ramadhan itu diaadakan majlis tahlil dan kenduri arwah. semua sanak saudara dan jiran berkumpul di rmh nenek...( saya masih blm mengenali semua tetamu yang datang,maklum la baru 3kali saya menjejakkn kaki di Miri ini)

Belum lg pengumuman anak bulan utk raya diumumkan di tv(isya' 1jam lbh awal dr semenanjung), para kariah masjid telah menunaikan solat terawih terakhir pd mlm itu(mgkin telah ada berita dr sumber lain bhw tidak nampak anak bulan pd mlm itu). Kesedihan mula mengetuk hati,memandangkan itu adalah mlm terakhir terawih,yg juga menandakan akan tamatnya ramadhan pd tahun ini pd keesokan harinya,juga telah berlalunya malam seribu bulan yg kita nantikan, bakal tiba pula syawal yang disambut meriah. Namun masih sempatkah kita menjengah di ramadhan akan datang,wallahualam....mudahan latihan ketika ramadhan kali ini dpt diteruskn di bulan seterusnya..insyaAllah.

Mudah-mudahan ketika syawal ini amalan berpuasa Enam masih dapat di lunaskan.........