Wednesday, September 29, 2010

Cuti Raya 2010 Yang Panjang

Masih tertinggal baki syawal yg beberapa hari sahaja lg, masing2 department sibuk mengadakan sambutan hari ry 'open house'.

Saya baru sahaja memulakan sesi pekerjaan setelah bcuti raya selama 15hari dr 8-22sept lalu..
Saya berada di 2 negeri y berbeza ketika cuti yang panjang ini. Raya pertama hingga keempat beraya di Miri dan Brunei seterusnya ke Kota Kinabalu,Sabah bersama keluarga suami di tempat tinggal kami..

Ketika beraya di Miri kami mengambil kesempatan bukan sahaja menziarahi saudara malah pergi ke Gua Niah dan Tmn Negara Lambir. Kemudian di Sabah pula kami menjejakkan kaki ke kaki gunung kinabalu(tiada peluang untuk mendaki) sekitar kundasang, menikmati kucupan ikan kelah di Ranau, mengunjungi ladang Teh Sabah, berpeluang ke 'DesaFarm' menonton susu lembu diperah dan menginap di Perkampungan Homestay. Kemudiannya kami ke Pulau Manukan..

Semua ini kami lakukan dalam masa cuti hari raya...bersama keluarga. Namun apa yg saya harapkan agar masa yg saya luangkan ini amat bermakna buat keluarga suami sy dan juga kami sekeluarga. Janganlah ia hanyalah cuma sekadar mengisi masa kosong y ada...
Bersama-samalah mengambil iktibar diatas segala perkara yg kita lakukan dan segala yg berlaku. Mudaha-mudahan kelalaian yg tak kita sedari diampunkan, keindahan yg kita kagumi atas ciptaan-Nya mendapat pahala, kehebatan yang kita perolehi berada dalam rahmat-Nya, kesakitan dan kesusahan yang dialami berada dlm perhatian-Nya.

Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu ini jika dalam kegagalan membawa kebaikan, Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu ini jika masih tiada qudwah hasanah, Ya Allah permudahkanlah jalan yg telah aku pilih ini, dan juga yang telah engkau tetap dan hamparkan untukku ini...Amiin ya Robbi..


No comments:

Post a Comment