Saturday, November 26, 2011

Jeng jeng jeng....







Tetiba ja seorang pendekar cilik keluar dari almari bilik Kinabalu Daya Hotel

Sunday, November 6, 2011

Jangan Terlebih Makan




Bismillahi a'la barakatillah...

Mudah-mudahan kita menjadikan ini sebagai panduan pengambilan makanan kita seharian...
Keperluan diet haraian adalah untuk menghasilkan tenaga yang kita gunakan seharian serta membina dan memperbaiki tisu badan...jumlah kalori yang diperlukan adalah 1800kalori...jika mengambil lebih ianya hanya di simpan sebagai tisu lemakkkkk....

Pastikan anda mempunya berat badan ideal...

Tuesday, October 25, 2011

Masih dipermulaan pelayaran


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.  

Subhanallah, walhamdulillah

Genapnya 5tahun bahtera rumahtangga belayar di lautan dunia menuju abadi.......................................................xputus-putus ku berdoa agar baitul muslim yang didirikan direalisasikan seperti yang diimpikan...agar perjalanan menuju abadi adalah destinasi yang indah bakal didiami.

Firdaus Abd Rahman dan Nafisah Ahmad  telah diijabkabulkan pada 3 syawal w1427 bersamaan 25 oktober 2006. Pada 3syawal 1431 ( 1september 2011) baru-baru ini telah genap 5tahun hijrah dan hari ini 25oktober 2011 genap 5tahun calendar masihi. Majlis tautan ini dilaksanakan di rumah tok(nenek) di jln datuk kumbar, alor setar. Majlis ini dilangsungkan di sana atas sebab menunaikan permintaan arwah wan(datuk).

Tempoh 5 tahun adalah tempoh perkenalan dan permulaan. Masih terlalu banyak untuk dipelajari dan terus dikoreksi. Dengan penuh harapan agar bahtera ini terus dikemudi oleh zauji habibi dengan panduan dan plan dari al-quran dan sunnah. Mudah-mudahan penumpang dan isinya selamat sampai di destinasi yang dituju.

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [at-Taubah 9:71 ]

Ameen ya rabbal ‘alamin

Tuesday, April 12, 2011

Perjuangan Bermula


Bismillah....Allah yang Maha esa...

Sekarang saya telah pun berpindah dari Hospital Papar ke Klinik Kesihatan Luyang. Memang masa yang ditunggu2. Alhamdulillah.....

Terasa kehidupan bekerja berubah dan banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Diharapkan saya dapat berkhidmat dengan baik dan penuh sabar.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku, jadikanlah kerja ini ibadahku, gerakkanlah hati-hati kakitangan klinik ini untuk membantu dan memudahkan urusanku, jauhkanlah aku dari gangguan atau pekerjaan buruk orang lain dan selamatkanlah aku dari api neraka-Mu...ameen.

Sunday, January 30, 2011

Faateh kembali ke Papar

Esok saya akan mula bekerja semula setelah bercuti lebih seminggu kerana menjaga faateh yang sakit...

Faateh akan ke rumah pengasuhnya seperti sebelum ini....mudah2an dia ceria dan gembira seperti selalu.

Diharapkan Faateh terus membesar dengan sihat, beriman dan bijaksana....amiin ya robbal 'alamin.........................KEMBALI KE PAPAR.

Asma Menyerang

Setelah hampir 4hari saya menjaga faateh dirumah akhirnya terpaksa membawa faateh ke hospital juga kerana sudah tidak sanggup melihatnya kepenatan bernafas dengan seluruh otot dada, leher, dan perut....sungguh menyeksakan hinggakan dia tidak mampu lagi bergerak, hanya terbaring lesu.

Asma (ampus)

Faateh mengidap penyakit ini sejak berumur 8 bulan ketika dia dimasukkan ke hospital pakar likas kerana sesak nafas. Sejak dari itu, saya memulakan penggunaan ubat untuk mengawal paru-parunya dari terus menjadi rosak. Namun mungkin kadang2 terlupa utk menggunakan ubat ini kepada faateh menyebabkan dia akan terkena serangan...maafkan ummi.

Di wad

Pada malam 25 jan 2011, faateh dimasukkan ke wad melur 1 hospital Likas. Pada malam itu keadaannya agak stabil, jadi doktor yang memeriksanya tidak memberi rawatan yang agresif, hanya memberikan nebuliser (pam) dan oral antibiotik.Diagnosis penyakit faateh adalah 'partially treated pneumonia with acute exacerbation bronchiol asthma' . Jadi saya meminta agar kami di pindahkan ke bilik yang lebih selesa memandangkan cubicle itu dah penuh dan pesakit yang berada di cubicle itu lebih serius daripada anak saya.

Faateh dengan mudahnya tertidur(kepenatan) setelah diberikan ubat namun kerap kali bangun kerana batuknya yang agak teruk....sampai perlu membongkokkan badannya ketika batuk dan sangat merah mukanya.

Ketika jururawat mengambil suhu badan faateh, nah terlalu tinggi 38.9 darjah celcius. Terus mereka memaklumkan pada doktor (MO). Pada awal subuh itu juga faateh perlu di ambil darah utk sample kuman ( Blood c&s) dan ditukarkan antibiotiknya kepada intravenous(jarum). Sungguh meletihkan saya kerana selama 4malam dirumah mmg xcukup tidur, di wad pula langsung xdapat tidur....kepala dah naik pening, badan dah sakit-sakit, mata dah pedih-pedih...........tapi terpaksa tahan untuk faateh menjadi sihat. Segala rawatan yang diberikan perlu saya memberi kerjasama dan memaksa faateh untuk menerimanya..mulut faateh tidak putus2 dengan perkataan 'tiidaak,tiidaak,tiidaak, sambil menangis...maafkan ummi.

Sepanjang 3hari di wad, deman faateh tidak pandai kebah, suhunya bermain sekitar 38.2 dan ke atas...sungguh membimbangkan....kuman apakah ini????belum mau mati2 lagi.... namun sebaik sahaja suhu badannya nampak menurun saya meminta izin untuk pulang dan menyambung antibiotic jarumnya dirumah...biarlah saya yang meneruskan kerja itu di rumah, tidak perlu bersusah payah di hospital.

Ceria, gembira dan bergaya

Faateh sangat aktif biarpun pernafasannya masih menggunakan otot perut dan leher. Namun kami meminta utk pulang kerana faateh telah mula bermain dan tidak mahu lagi berbaring di katil. Di rumah dia mula bermain dengan mainannya walaupun jarum masih di tangan kiri.... saya sendiri pun dapat tidur dan meluruskan badan, membetulkan otot2 yang sakit....Alhamdulillah, faateh dah sihat...namun saya perlu meneruskan ubatnya di rumah.

Perlu compliant pada pam

Saya berharap agar faateh akan mendapat ubat pamnya setiap hari seperti dos yang sepatutnya..mudah2an dipermudahkan dan mendapat bantuan dari abinya.
sungguh susah bila faateh diserang lagi...faateh mempunyai immuniti badan yang sangat rendah kerana faktor badan yang kecil(kurang zat) dan kegagalan saya memberinya susu badan sehingga enam bulan pertama. dengan faktor ini faateh mudah mendapat jangkitan kuman dan menyebabkan asmanya makin teruk apabila paru2nya dijangkiti kuman-pneumonia.

Kifarah dari-Nya

Setiap yang sakit itu adalah kifarah dosa....bukan faateh yang berdosa tapi ummi dan abi yang banyak dosa mungkin.... Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, permudahkan kami mengerjakan suruhanmu dan meninggalkan laranganmu...jauhkanlah kami dari kelalaian dunia.....amin ya robbul izzati...........

Saturday, December 25, 2010

See Both of You There...


"Bawa la faateh balik kl", minta abah dan mama di kl bila mengetahui anaknya akan ke KL petang tu atas urusan kerja beberapa hari. Saya yang mendengar permintaan tu terrelakan sahaja....membenarkan faateh ikut abinya ke KL walaupun berat rasa hati sebab dlm hati ummi pun nak ikut sama,hehe..

Jam 4ptg dua beranak ini bertolak ke airport dengan kereta jabatan, saya tidak ikut menghantar mereka, takut mengalir pulak,hehee...

Selama 4 hari mereka di KL, terasa rindu jika ditinggalkan begini. Setiap hari saya keseorangan, hanya perlu kemaskan rumah dan menguruskan diri. Tidak lebih dari itu, sungguh kekosongan. Tetapi saya cuba memanfaatkan masa yang ada dengan aktivi yang jarang dapat dilakukan jika faateh bersama.

Saya mengunjungi masjid negeri Sabah untuk menunaikan solat maghrib. Nampak ramai pula jemaah muslimat pd malam ini ditambah pula dengan kanak2 berlari yang sebaya seperti Faateh....sungguh saya rindukan faateh hingga mengalir air mata rindu saya. Terasa seperti lama sudah saya tidak melihat Faateh berlari2 di Masjid.

Kemudian saya mengunjungi medan selera di tanjung aru untuk makan Char Keow Teow, makanan kegemaran saya. Di sinilah tempat kami sekeluarga selalu menjamu selera sekaligus membolehkan Faateh melihat kapal terbang baru berlepas di awan. Faateh akan teruja apabila mendengar bunyi enjin kapal terbang dan akan mencari kelibat kapal terbang. Namun pada malam itu kapal terbang yang lalu tidak mendapat publisiti kerana Faateh tiada disana....tapi faateh akan naik kapal terbang, tidak perlu melambai dari bawah..

Pada hari ini faateh akan pulang dgn abinya. Lebih kurang jam 7.45ptg nanti saya akan menjemput mereka di lapangan terbang terminal 2.Diharapkan mereka selamat sampai pada malam ini...amin

SEE BOTH OF YOU THERE........