Tuesday, October 25, 2011

Masih dipermulaan pelayaran


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.  

Subhanallah, walhamdulillah

Genapnya 5tahun bahtera rumahtangga belayar di lautan dunia menuju abadi.......................................................xputus-putus ku berdoa agar baitul muslim yang didirikan direalisasikan seperti yang diimpikan...agar perjalanan menuju abadi adalah destinasi yang indah bakal didiami.

Firdaus Abd Rahman dan Nafisah Ahmad  telah diijabkabulkan pada 3 syawal w1427 bersamaan 25 oktober 2006. Pada 3syawal 1431 ( 1september 2011) baru-baru ini telah genap 5tahun hijrah dan hari ini 25oktober 2011 genap 5tahun calendar masihi. Majlis tautan ini dilaksanakan di rumah tok(nenek) di jln datuk kumbar, alor setar. Majlis ini dilangsungkan di sana atas sebab menunaikan permintaan arwah wan(datuk).

Tempoh 5 tahun adalah tempoh perkenalan dan permulaan. Masih terlalu banyak untuk dipelajari dan terus dikoreksi. Dengan penuh harapan agar bahtera ini terus dikemudi oleh zauji habibi dengan panduan dan plan dari al-quran dan sunnah. Mudah-mudahan penumpang dan isinya selamat sampai di destinasi yang dituju.

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [at-Taubah 9:71 ]

Ameen ya rabbal ‘alamin

No comments:

Post a Comment