Sunday, January 30, 2011

Asma Menyerang

Setelah hampir 4hari saya menjaga faateh dirumah akhirnya terpaksa membawa faateh ke hospital juga kerana sudah tidak sanggup melihatnya kepenatan bernafas dengan seluruh otot dada, leher, dan perut....sungguh menyeksakan hinggakan dia tidak mampu lagi bergerak, hanya terbaring lesu.

Asma (ampus)

Faateh mengidap penyakit ini sejak berumur 8 bulan ketika dia dimasukkan ke hospital pakar likas kerana sesak nafas. Sejak dari itu, saya memulakan penggunaan ubat untuk mengawal paru-parunya dari terus menjadi rosak. Namun mungkin kadang2 terlupa utk menggunakan ubat ini kepada faateh menyebabkan dia akan terkena serangan...maafkan ummi.

Di wad

Pada malam 25 jan 2011, faateh dimasukkan ke wad melur 1 hospital Likas. Pada malam itu keadaannya agak stabil, jadi doktor yang memeriksanya tidak memberi rawatan yang agresif, hanya memberikan nebuliser (pam) dan oral antibiotik.Diagnosis penyakit faateh adalah 'partially treated pneumonia with acute exacerbation bronchiol asthma' . Jadi saya meminta agar kami di pindahkan ke bilik yang lebih selesa memandangkan cubicle itu dah penuh dan pesakit yang berada di cubicle itu lebih serius daripada anak saya.

Faateh dengan mudahnya tertidur(kepenatan) setelah diberikan ubat namun kerap kali bangun kerana batuknya yang agak teruk....sampai perlu membongkokkan badannya ketika batuk dan sangat merah mukanya.

Ketika jururawat mengambil suhu badan faateh, nah terlalu tinggi 38.9 darjah celcius. Terus mereka memaklumkan pada doktor (MO). Pada awal subuh itu juga faateh perlu di ambil darah utk sample kuman ( Blood c&s) dan ditukarkan antibiotiknya kepada intravenous(jarum). Sungguh meletihkan saya kerana selama 4malam dirumah mmg xcukup tidur, di wad pula langsung xdapat tidur....kepala dah naik pening, badan dah sakit-sakit, mata dah pedih-pedih...........tapi terpaksa tahan untuk faateh menjadi sihat. Segala rawatan yang diberikan perlu saya memberi kerjasama dan memaksa faateh untuk menerimanya..mulut faateh tidak putus2 dengan perkataan 'tiidaak,tiidaak,tiidaak, sambil menangis...maafkan ummi.

Sepanjang 3hari di wad, deman faateh tidak pandai kebah, suhunya bermain sekitar 38.2 dan ke atas...sungguh membimbangkan....kuman apakah ini????belum mau mati2 lagi.... namun sebaik sahaja suhu badannya nampak menurun saya meminta izin untuk pulang dan menyambung antibiotic jarumnya dirumah...biarlah saya yang meneruskan kerja itu di rumah, tidak perlu bersusah payah di hospital.

Ceria, gembira dan bergaya

Faateh sangat aktif biarpun pernafasannya masih menggunakan otot perut dan leher. Namun kami meminta utk pulang kerana faateh telah mula bermain dan tidak mahu lagi berbaring di katil. Di rumah dia mula bermain dengan mainannya walaupun jarum masih di tangan kiri.... saya sendiri pun dapat tidur dan meluruskan badan, membetulkan otot2 yang sakit....Alhamdulillah, faateh dah sihat...namun saya perlu meneruskan ubatnya di rumah.

Perlu compliant pada pam

Saya berharap agar faateh akan mendapat ubat pamnya setiap hari seperti dos yang sepatutnya..mudah2an dipermudahkan dan mendapat bantuan dari abinya.
sungguh susah bila faateh diserang lagi...faateh mempunyai immuniti badan yang sangat rendah kerana faktor badan yang kecil(kurang zat) dan kegagalan saya memberinya susu badan sehingga enam bulan pertama. dengan faktor ini faateh mudah mendapat jangkitan kuman dan menyebabkan asmanya makin teruk apabila paru2nya dijangkiti kuman-pneumonia.

Kifarah dari-Nya

Setiap yang sakit itu adalah kifarah dosa....bukan faateh yang berdosa tapi ummi dan abi yang banyak dosa mungkin.... Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, permudahkan kami mengerjakan suruhanmu dan meninggalkan laranganmu...jauhkanlah kami dari kelalaian dunia.....amin ya robbul izzati...........

No comments:

Post a Comment