Thursday, December 23, 2010

Malas adalah Teman Kegagalan


Benar, malas adalah teman kegagalan...........
Cukup terkesan di jiwa saya apabila membaca tajuk ini. Teringat kemalasan2 lalu yang menemukan saya dengan kegagalan. Saya salin kembali petikan dari buku La Tahzan ini sebagai peringatan buat saya..

Kami menganjurkan kpd anda utk menekuni pekerjaan anda dgn benar. Kemudian, janganlah anda berpangku tangan kerana bosan, malas dan tunduk pd kelalaian. Tetapi bangkitlah dan kemaskan rumah dan peerpustakaan peribadi anda. Tunaikan tugas anda, dirikanlah solat, bacalah al-Quran dan buku2 yang berfaedah dan dengarkanlah kaset2 yg bermanfaat. Duduklah bersama para tetangga dan teman2 anda,bincang dengan mereka perkara2 yang dapat mendekatkan diri kpd Allah.

Pada saat itu engkau akan menemukan kebahagian, kelapangan dan kegembiraan. Janganlah sekali2 kamu menyerah pd kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yg tidak akan dpt dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dgn pekerjaan.

Anda harus memperhatikan penampilan anda, sehingga anda tetap kelihatan cantik, harum di dalam rumah, serta kelihatan kemas dan bersih tempat duduk anda. Anda harus menyambut suami anda dengan akhlak yang baik, begitu pula terhadap anak2 anda, saudara2 anda, kaum kerabat anda, dan teman2 anda dgn senyuman keramahan dan dada yang lapang.

Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khususnya perbuatan maksiat kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khususnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan seperti melihat sesuatu byang diharamkan, mempamerkan kecantikan, berkhalwat dgn org asing(bukan mahram), melaknat, mencaci dan mengumpat atau mengingkari hak2 suami dan tidak mengakui kebaikannya. Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali mereka yang mendapat rahmat Allah. Takutlah engkau akan kemurkaan Allah. Bertaqwalah kepadaNya keran taqwa adalah jaminan kebahagiaamu dan keredhaanNya atas hati tulusmu.

" tempat yang paling dibanggakan di dunia adalah yang mempunyai penerangan, dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa adalah buku."

No comments:

Post a Comment