Saturday, July 3, 2010

Usrah...

MTQ Peringkat Kebangsaan Kali ke-53

Kali ke-3 majlis tilawah Al-Quran (MTQ) diadakan di Negeri Sabah Bawah Bayu. Alhamdulillah,akhirnya saya berada dekat dengan kawasan majlis ini berlangsung.....majlis ini diadakan di Dewan Saadah, berten
Aktiviti Usrah
Program selama 5 hari ini memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk memanfaatkan masa bersama pada waktu malam tambahan pula saya masih bercuti. Aktiviti kami bermula dengan solat maghrib berjemaah di Masjid Negeri Sabah. Selesai solat kami berjalan kaki ke Wisma Muis, di mana terletaknya Dewan Saadah.
Malam perasmian pembukaan MTQ di sambut oleh hujan renyai-renyai pada malam itu. Walaubagaimanapun seluruh ruang legar Wisma Muis dan Dewan Saadah tetap dipenuhi pengunjung pelbagai generasi dan latar belakang. Saya difahamkan seramai lebih 10000 umat islam membanjiri wisma muis pada malam pembukaan.
Majlis pembukaan ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada jam 8.30 malam. Setelah ucapan dan perasmian beberapa qari dan qariah memperdengarkan bacaan mereka. Seramai 29 qari dan qariah mengambil bahagian pada kali ini.
Majlis ini tamat jam 11malam dan akan bersambung pada malam berikutnya dan seterusnya.
Pada setiap malam pengunjung akan disediakan makan malam dalam sebuah beg yang perlu ditukarkan dengan kupon untuk mendapatkan makanan tersebut. Saya menjangkakan makanan ini disediakan oleh pelbagai katering seluruh Sabah.
Selain bacaan Al-Quran di dalam dewan,pengunjung juga disajikan dengan pelbagai pameran dan gerai-gerai yang kebanyakan berkaitan dengan keistimewaan dan perihal Negeri Sabah.
Keputusan MTQ yang menentukan wakil qari dan qariah negara ke peringkat antarabangsa telah diumum pada malam terakhir. Johan Qari telah disandang oleh wakil dari Wilayah Persekutuan manakala Johan Qariah wakil dari Negeri Johor.
Malam penutupan dan penyampaian hadiah ini disempurnakan oleh Tuan Yang Di Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.

No comments:

Post a Comment