Friday, July 2, 2010

Kerja OH Kerja....

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan............tamatlah sudah latihan housemanship 2tahun di hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan kanak-kanak sabah.


Mengenang kembali tanggal 10 mac 2008, apabila mula mendaftar sebagai pegawai perubatan latihan siswazah di jabatan perubatan hospital queen elizabeth. Pada ketika itu saya ditemani suami tersayang dan 2org rakan sekerja yang turut sama mendaftar. Sangat kekok dgn tempat baru,org baru,bahasa baru, budaya baru dan macam-macam lagi.

Tapi itu dulu, sekarang saya telah berjaya menamatkan latihan itu pada 27 julai 2010, setelah 2tahun 3bulan.(terlebih 3 bulan kerana cuti bersalin)


Cabaran sebagai MO

1 julai 2010.............saya mula mendaftar sebagai pegawai perubatan UD44 di hospital Papar.. Bukanlah kehendak hati memulakan kerja disana namun saya rela kerana tiada cara lain yang boleh membuatkan saya tidak bekerja disana. Sudah pelbagai cara di usahakan untuk membolehkan saya bekerja di kawasan kota kinabalu sahaja, namun belum rezeki nampaknya....bersabar lah dahulu....

Hari pertama melapor diri juga ditemani kedua-dua si jantung hati, suami dan anak saya.

Saya memohon cuti selama 2hari dan akan memulakan tugas pada isnin depan.........sebaik sahaja melapor diri saya dihulurkan jadual oncall july..saya akan mula oncall pada isnin ini,iaitu hari pertama bekerja..........dan ketika meneliti jadual itu boleh dikatakan setiap hari akan oncall cuma bezanya aktif atau pasif call. Ini menunjukkan yang saya hanya akan berpeluang pulang ke rumah seminggu sekali ketika tidak oncall...memandangkan rumah saya di KK, yang mengambil masa lebih kurang 45minit pemanduan.. Adalah mustahil untuk saya standby dirumah..oh tidak mungkin... sekali lagi saya merasakan keperitan menanti dihadapan, namun saya mengharapkan segalanya dipermudahkan dan saya dapat pulang semula bertugas di KK apabila ada pengganti kelak. Bukanlah tidak sanggup bekerja atau tinggal di pedalaman, malah disana lebih aman, namun demi keluarga, saya merasakan satu kemestian untuk berpindah semula.... family first...


Harapan

Moga bermulanya isnin ini sebagai MO baru di hospital papar, saya mampu terus mengikhlaskan diri membantu dan merawat pesakit seperti sepatutnya...mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan urusan..amin.

No comments:

Post a Comment