Saturday, July 3, 2010

HO...oh...HO....

Suka duka Housemanship

Bermula dari tarikh mendaftar saya memulakan kerja sebagai HO di jabatan perubatan, pada ketika itu HO di situ hanyalah 9 orang termasuk saya berbanding bilangan wad sebanyak 14...bayangkan jumlah wad melebihi bilangan HO..amat perit ketika itu menghabiskan hari demi hari sebagai HO. Keluar dari rumah sblm terbit matahari dan pulang ketika bumi sudah pun gelap....tidak pernah sempat kulit ini dijamah matahari. amat perit lagi ketika itu tiada kenderaan dan kekadang hanya menumpang di hospital untuk berehat tidur sementara menanti esok untuk bekerja semula.
Hari demi hari ditempuhi dengan penuh terpaksa tapi lama kelamaan mula membiasakan diri. Dan lebih meggembirakan bila ada HO baru yang datang mendaftar masuk, "welcome to the club". Apabila bilangan HO makin bertambah , kehidupan ketika itu makin mudah dan lebih ceria. Mana tidaknya, pada ketika itu sudah dapat mencuri masa ke kantin untuk makan dan minum. Tidak cukup dengan itu,dapat keluar makan beramai-ramai lagi..Sebelum itu jangankan makan,minum pun belum tentu dapat dek sibuknya menyiapkan kerja2 wad sehingga tidak sedar belum makan dan minum. Pada 2minggu pertama berat boleh turun 10kg...tidak perlu ke SLIM WOLRD lagi.

Setelah tamatnya jabatan perubatan, saya ke jabatan orthopedik(jabatan yang sangat rileks,kata orang) ya, memang betul amat rileks ketika itu tambahan pula lebih ramai HOMO disana. genap bulan kedua saya di ortho, UPT positif..huh, gelabah bila tengah UPT positif, manatidaknya ketika HO pregnant pulak...tapi itu adalah rezeki..saya terima dengan syukur. Ketika itu mula morning sickness, mula la banyak EL, syukur ramai HO, wad memang member tolong cover..kesenangan itu tidak lama apabila semua HOMO diarahkan bertukar ke hospital daerah berkuatkuasa serta merta. Tinggallah kami HO yang hanya 4 orang, skali lagi agak mencabar, EOD call dan bilangan oncall sehari dikurangkan kepada 2orang dari 3 orang sebelumnya. Tambahan pula ketika itu dikejutkan dengan bangunan hospital akan runtuh. Wad telah berpecah kepada 2 hospital. Bayangkan 4 HO perlu berkejar ke dua-dua hospital yang jaraknya agak jauh. Mujur pada ketika itu saya sudah mempunyai kenderaan..

Disebabkan keadaan kucar kacir bangunan dan tenaga kerja, urusan wad dan klinik agak membebankan. Tetapi kami amat bertuah pada ketika itu kerana semua MO dan pakar memahami keadaan itu dan pelbagai kelonggaran diberikan. Budaya kerja berkumpulan amat bermakna pada ketika itu.
Namun setelah sebulan lebih keadaan itu berlalu saya berpindah ke Hospital Likas untuk posting O&G, posting paling busy.....memang benar sangat busy walaupun bilangan HO ketika itu mencapai 20-30 orang.. ditambah pula TDS round...ketika ini skali lagi matahari tidak pernah menjamah kulit..bukan kerana tidak cukup HO,tetapi memang kerjanya tidak pernah pandai habis,setiap saat ada sahaja bayi yang suci ini akan menjengah ke dunia tidak kira sudah masanya ataupun belum.
Sepanjang di O&G, saya juga sarat mengandung,namun masih mampu menamatkannya..saya berpindah ke jabatan surgery namun tidak lagi dapat diteruskan kerana saya mengalami pendarahan kecil dan tidak mampu menahan sakit ketika berjalan. Ketika itu umur kandungan 36minggu dan bayi masih songsang. Jadi antara pro-,&kontra, saya mengambil keputusan untuk meminta cuti sehingga bersalin. Alhamdulillah urusan cuti dipermudahkan dan saya selamat bersalin pada 6 mei 2009, lewat sehari dari EDD. Setelah 3 bulan bercuti, saya menyambung semula latihan HO di jabatan surgery sehingga tamat, boleh dikatakan best jugak surgery ni. Seterusnya saya meneruskan perjuangan di jabatan kecemasan dan ahkir sekali di paediatrik. Ketika di A&E memang best sebab waktu kerja mengikut shif dan ada postcall off. Namun agak perit ketika hanya tinggal 11 HO dan 5 HO bercuti untuk perayaan tahun baru cina, jadi tinggal 6HO yang bertugas...agak mencabar, eod call lagi..eod call di A&E sangat memenatkan.
Kemudian saya menghabiskan latihan 4bulan di posting terakhir iaitu paediatrik, posting yang sangat menakutkan kerana sangat berbeza dan semuanya pasti berbeza...namun posting ini adalah posting yang sangat sistematik dan tersusun. Yang amat saya kagum, jabatan ini mampu menyusun CME,grand round, jurnal club dan lain-lain setiap hari, pendek kata setiap hari ada sahaja program yang disusun, tidaklah hanya datang mengadap pesakit setiap hari tanpa aktivi lain.....

Tamat Sudah Bah

Alhamdulillah..semua itu telah tamat. Segala ilmu dan pengalaman 2tahun sebagai HO sangat berguna sebagai bekalan untuk kerjaya seterusnya....

Jom datang Sabah

Bagi sesiapa yang akan menjalani latihan Housemanship, digalakkan datang ke sabah kerana pelbagai ilmu(bukan sahaja pengalaman bekerja) akan anda perolehi yang pastinya tiada di kawasan semenanjung.
... ahlan wa sahlan....

No comments:

Post a Comment